(VIDEO) ‘Ok Saya Tak Ada Bagi Signal La, Saya Salah Tapi You…’ – Lelaki Ini Ditahan Kerana Buli Wanita Hamil

Viral di media sosial video dashcam menunjukkan seorang pemandu kereta Audi JMG330 membuli dan menunjuk isyaratl lucah terhadap pemandu wanita yang didakwanya enggan memberinya ruang masuk ke lorong keluar.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu berdekatan dengan Giant Plentong, mangsa yang hamil tujuh bulan dimaki hamun oleh lelaki terbabit yang tidak berpuas hati dengannnya dan sanggup memberhentikan kereta di tengah jalan yang sibuk semata-mata mahu memarahi mangsa.

Berdasarkan video tersebut, mangsa pada awalnya mahu beralah dan mengiakan saja dakwaan lelaki itu kononnya dia bersalah. Namun dek makiannya yang bertubi-tubi menyebabkan mangsa kembali menyoalnya dengan soalan maut.

Mangsa: “Sekarang, you bagi signal tak?”

Krik.. krik.. krik…

Suspek: “Okey, saya tak ada bagi signal la, saya salah. Tapi you sudah tau I nak keluar kan?!”

Mangsa: “I tak tau you urgent maa” katanya sebelum beredar.

Salam min.. Tlg viral kn driver Audi biadap ni.. Nk tukar lorong x bagi signal lepas tu block kereta wife sy secara bahaya & memaki serta tunjuk isyarat lucah pd wife sy.. Report polis dah buat.Cuma mohon pd semua yg lalu area Giant Plentong hati2 dgn kereta audi putih plat no JMG 330 ni..utk makluman wife sy tgh pregnant 7 bulan.. Smoga Admin boleh membantu..Report dah buat cume blom ade action dr polis.*mintak maaf sbb wife sy terkasar bahasa sbb trauma sgt..Ada 5 video semuanya bermula dari sebelum terjadi dan berakhir selepas kejadian. Anda boleh menonton dan membuat penilaian sendiri.#JBTRAFFICREPORT🚩🚩https://www.facebook.com/JBTRAFFICREPORT/

Posted by JB TRAFFIC REPORT on Saturday, 9 November 2019

Di kesempatan itu, mangsa menghubungi kenalannya untuk meminta bantuan sambil menangis-nangis. Dalam masa yang sama, pemandu itu memberhentikan lagi kenderaannya dan keluar untuk merakam gambar mangsa dan keretanya.

Artikel Berkaitan   “Jika Tak Puas Hati Kena Pecat, Janganlah Tuduh Macam-Macam” Najib Razak Bidas Tuduhan Annuar Musa

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 26 tahun itu di Balai Polis Johor Jaya, Jumaat lalu.

Bertindak di atas laporan itu, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Suspek yang berusia 27 tahun telah ditahan tengah hari semalam untuk siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih