[VIDEO] Paderi Terkejut Didatangi Penganut Yang Membawa Pisau, Rupanya Dia Terus Ditikam Bertubi-Tubi

MONTREAL: Seorang paderi Katolik ditikam dalam kejadian menggemparkan di gereja St Joseph’s Oratory di Montreal, Kanada.

Dalam insiden yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Jumaat, paderi Claude Grou, 77, dilihat didekati seorang lelaki kulit putih dan bertindak menerkam sebelum menikam mangsa.

“Insiden itu berlaku terlalu pantas dan semua orang lari bertempiaran dan beberapa yang lain bertindak mengepung suspek.

“Dia tidak cuba bergelut atau melarikan diri ketika kami menangkapnya,” kata saksi kejadian, lapor Sinar Harian yang memetik sumber media tempatan.

Menurut polis, panggilan kecemasan diterima pada jam 8.40 pagi (waktu tempatan) dan seorang suspek lelaki telah ditahan pengawal keselamatan sejurus mereka tiba di lokasi kejadian.

Paderi itu dilapor cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan. Motif serangan masih disiasat. – Astro AWANI

Paderi Katolik ditikam ketika siaran langsung di televisyen

Paderi Katolik ditikam ketika siaran langsung di televisyen

Posted by Online News Video on Saturday, 23 March 2019

Artikel Berkaitan   Pemandu Jadi Saksi Lihat “Wanita Berkebaya” Berada Di Tepi Jalan Malam-Malam Buta Nekad Buka Mulut Dedah Cerita Sebenar