(Video) Pemandu lori simen tak perasan terlanggar & seret Axia

Kereta Perodua Axia berwarna hijau yang dipandu oleh lelaki warga emas dilanggar sebelum diseret sebuah lori simen.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang semalam di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Kong Yoke Hong, dalam perjalanan ke Puchong sebelum dilanggar, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, ketika mangsa melalui persimpangan lampu isyarat di Jalan Klang Lama, mangsa dari lorong kiri masuk ke lorong kanan.

Pemandu lori terbabit yang berada di lorong kanan tidak menyedari Axia masuk ke laluannya terus melanggar bahagian belakang Axia sehingga berpusing lalu menyeretnya.

Hujan lebat menyebabkan pemandu lori itu tidak perasan sebelum merasa gegaran pada lorinya.

“Pada mulanya pemandu lori berasakan kenderaan dipandunya melanggar luban dan meneruskan perjalanan sehingga ada kenderaan lain membunyikan hon.

“Pemandu lori itu kemudian memperlahankan kenderaan sebelum menyedari sudah terlanggar sebuah kereta,” katanya.

Kenapa ni Lokasi – Jalan Klang Lama hala Puchong⬇️⬇️{Update}⬇️⬇️KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila kereta dipandunya tersangkut pada bahagian hadapan sebuah lori pembancuh simen sebelum diseret sejauh beberapa meter di Jalan Klang Lama, di sini petang semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, lelaki yang memandu Perodua Axia itu dalam perjalanan pulang ke Puchong dan apabila tiba di persimpangan lampu isyarat Jalan Klang Lama, dia yang berada di lorong kiri mengubah haluan ke lorong kanan.Difahamkan, pemandu berusia 56 tahun berkenaan dipercayai tidak perasan terdapat sebuah lori pembancuh simen di laluan berkenaan dan pemandu lori itu juga tidak menyedari Perodua Axia memasuki lorongnya.Akibatnya, lori terbabit terlanggar bahagian sisi belakang kanan Perodua Axia berkenaan menyebabkan ia berpusing dan terseret di hadapan lori.Timbalam Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh, berkata ketika kejadian, berlaku hujan lebat yang mungkin menyebabkan pemandu lori tidak menyedari ada sebuah kereta tersangkut di hadapannya.“Pemandu lori menyangka dia terlanggar lubang di jalan apabila merasai sedikit gegaran pada kenderaannya sebelum meneruskan perjalanan. Dia hanya memperlahankan kenderaan dipandunya apabila ada sebuah kenderaan lain di sebelah kiri membunyikan hon amaran.“Sebaik dia memperlahankan kenderaannya, barulah dia menyedari terdapat sebuah kereta terseret di hadapannya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.Katanya, pemandu kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya kenderaannya yang mengalami kerosakan.Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.Kejadian itu turut tular selepas satu rakaman video mengenai kejadian itu tersebar di media sosial.#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Wednesday, 14 August 2019

Video kejadian itu turut viral di media sosial.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.