(Video) Penunggang motosikal maut dilanggar lari

Viral video kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang penunggang motosikal dilanggar sebuah kereta yang memotong di garisan kembar.

Dalam kejadian yang berlaku di Manahan, Surakarta, Jawa Tengah, kereta tersebut dilihat cuba memotong dua penunggang motosikal yang menunggang secara beriringan.

Namun pemandu kereta itu tidak menyedari kehadiran mangsa di laluan bertentangan lalu merempuh motosikal itu sebelum melarikan diri meninggalkan mangsa dalam keadaan cedera.

Inspektor Bambang Subekti berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.30 pagi Isnin lalu.

“Mangsa (wanita), Retnoning, 54, dari Salembaran, Serengan, Surakarta, patah kaki kanan akibat kemalangan langgar lari itu.

“Mangsa dirawat di hospital, bagaimanapun meninggal dunia pada keesokan hari,” katanya.

Polis kini sedang memburu pemandu kereta tersebut secara besar-besaran dan semua video rakaman CCTV diperiksa untuk mendapatkan maklumat.

View this post on Instagram

Hati² dijalan 🙏

A post shared by Karesidenan Solo (@iks_infokaresidenansolo) on