(Video) Polis buru lelaki pedo lakukan serangan sek$ual terhadap budak 9 tahun

Video seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun menjadi mangsa serangan seksual seorang lelaki di sebuah kedai serbaneka, viral di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.19 petang Rabu lalu di Bandar Country Homes, Rawang, mangsa bersama adik dan ibunya datang ke premis itu untuk membeli barang.

Namun ketika mangsa bersama adiknya berada di bahagian belakang, suspek datang memeluk mangsa dari belakang dan kejadian itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis tersebut.

Suspek kemudian beredar sebelum kembali sekali lagi lalu dipercayai mencium mulut mangsa.

Mangsa yang ketakutan terus melarikan diri sebelum diikuti oleh adik perempuannya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8 malam Jumaat lalu.

“Suspek melakukan gangguan seksual dengan menggesel punggung mangsa. Suspek kemudian terus melarikan diri. Kami sedang berusaha mengesannya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

(Visited 227 times, 1 visits today)