[VIDEO] Ramai Wanita Yang Buat Salah Semasa Memandu Inilah Pesanan Siti Sarah Yang Sangat Penting

PERKONGSIAN video berhubung cara pemanduan buat pengguna jalan raya oleh penyanyi Siti Sarah Raisuddin mendapat perhatian dalam kalangan peminatnya.


Popular dengan lagu kesetiaan, penyanyi ini mendedahkan golongan wanita dilihat sering memegang stereng kereta terlalu rapat dengan badan hingga boleh mengundang kecelakaan.

“Korang pernah tengok tak orang bawa kereta macam ni? Bukan main ke depan, apa-apa pun pandu secara berhati-hati ok.

“Kita perlu ada jarak yang selesa, supaya tangan kita boleh ke kiri dan ke kanan,” katanya di Instagram.

Kata peminatnya, “Saya pun buat macam itu sebab tak nampak lepas tu kaki pendek,” tulis nadieryzz.

Tulis Sitisairahtarudin, “Kebiasaan yang rapat sangat stereng itu pemanduan berhemah dan perlahan. Hahaha, nak masuk simpang pun teragak agak, hahaha”

Jelas feeda_rafyda, “Saya pun tidak faham juga, kemain rapat lagi sampai boleh cium stereng tu kalau boleh,” selorohnya.

Sementara itu, video itu meraih lebih 412,000 tontonan dan tular di media sosial.