[VIDEO] Rupanya 16 Tahun Tunggu Cristiano Ronaldo, Raf Yaakob Gembira Dapat Jumpa Depan Mata. Tapi…

Suami pelakon Mawar Rashid iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob atau mesra disapa Raf berkongsi momen indah apabila dapat berjumpa idolanya, pemain bola sepak Cristiano Ronaldo.

Jelas Raf, dia sudah menunggu selama 16 tahun untuk berjumpa pemain bola sepak itu secara bersemuka di Stadium Nasional, Singapura.

“16 tahun lamanya tunggu nak jumpa @cristiano, haritu baru dapat jumpa depan2 mata di @iccsg,” kongsi Raf.

Bagaimanapun, Raf sedikit kesal kerana tidak sempat bergambar bersama Ronaldo akibat keadaan agak sesak dengan orang ramai.

“Tapi tak dapat bergambar dengan Cristiano. Lepas game Juventus, Raf tunggu dia kat media mixed zone sebab tau dia akan lalu situ nak naik bus balik hotel.

“Bila dia lalu, dia nampak nama dia kat baju Raf yang Raf pakai terbalik (dalam video yang Raf tetibe ‘mendada’ tu), dia pun sign la nama dia besar2 kat dada Raf dan kemudiannya dia pun berlalu pergi dengan lajunya. ITU SAJA! So close and yet so far,” tulis Raf.

Lalu, netizen telah memberikan respon yang pelbagai.

Malah, Raf ketika itu menyarungkan jersi yang tertera nama ‘Ronaldo’ di bahagian dada , turut ditemani isterinya, Mawar.

Artikel Berkaitan   Nangis Makcik Ini BiIa Tahu Anak Bkn Mahu Bawa ke Melaka, Tp ke Tempat Lain. Rupanya Menantu Jadi DaIang