[VIDEO] “Saya Menangis, Ini Contoh Terbaik Kepada Kita Semua” Selepas Menyedari Anaknya Tiada, Kuda Ini Berpatah Balik Meredah Api

CALIFORNIA – Aksi seekor kuda dipercayai kuda betina berwarna hitam berlari semula ke hutan bagi menyelamatkan anak dan seekor kuda jantan tular di laman sosial.

Video durasi 23 saat itu meraih lebih 1.2 juta tontonan dari warganet setelah dimuat naik di Twitter milik @_SJPeace_

Rakaman itu memaparkan seekor kuda berlari semula ke arah hutan meskipun pada awalnya telah keluar ke tempat yang lebih selamat.

Ketika itu, pasukan penyelamat menghalau kuda itu dari berpatah balik namun kuda itu tetap berlari ke dalam hutan sebelum bertemu dengan dua ekor kuda dipercayai ahli keluarganya.

Menerusi status @_SJPeace_, “kebakaran berlaku di Simi Valley, California. Kuda itu kembali ke hutan bagi mendapatkan keluarganya. Tiada siapa yang tertinggal. Inilah dinamakan cinta dan kasih sayang. Saya menangis,” ciapnya.

Sehingga ini perkongsian cukup menyentuh hati ini mendapat 102,700 tanda suka dan 26,800 ulang ciap dari warganet seluruh dunia.

Pada hantaran yang sama, “saya sedih melihat perkara ini, ia adalah perkara mudah untuk kita sayangi semua haiwan,” ciap @ttsnoopy.

@anne78 pula menulis “saya menangis, ini contoh terbaik kepada kita semua”.

“Saya percaya kuda betina berpatah balik ke lokasi untuk selamatkan kuda jantan (bulu coklat) dan anaknya,” ciapnya @maykendehoutman pula.

Artikel Berkaitan   Isu Pegang Anjing Semasa “Live”, Tok Ki Mohon Maaf Jika Ada Tersinggung, Beri Penerangan Tentang Anjing Belaannya