[VIDEO] “Saya Terkejut, Grace Memang Dilahirkan Untuk Menghiburkan Orang” Kanak-Kanak Dilahirkan Kerdil, Memiiki Suara Yang Luar Biasa Meraih 1.2 Juta Follower

TEXAS – Siapa sangka kanak-kanak berusia 9 tahun yang dilahirkan bertubuh kerdil memiliki bakat luar biasa apabila boleh bertutur dan menyanyi dengan baik.

Grace Anna, dilahirkan memiliki tulang belakang melengkung sehingga perlu menjalani 11 pembedahan selain masalah skoliosis.

Kata ibunya, Angela Rodgers, anaknya dilahirkan untuk menghiburkan orang ramai meskipun ada kekurangan.

“Saya fikir ini adalah perkara yang bagus untuk Grace Anna. Dia mampu membuat orang ramai ketawa dengan nyanyian yang lahir dari hatinya. Saya tidak fikir orang akan sedih apabila mendengar dia menyanyi,” kata Rodgers kepada ABC News.

Ketika berusia 3 tahun, kanak-kanak itu mampu menyanyikan lagu kebangsaan.

“Dalam masa singkat, video yang dimuat naik di Facebook meraih 350,000 tontonan dari seluruh negara.

“Kini Grace Anna memiliki 1.2 juta pengikut di Facebook dan hampir 35,000 pengikut di YouTube.

This Girl is on Fire!

Hey everybody this is your girl Grace Anna! I just love this song!This Girl is on Fire 🔥!I practice my walking everyday to it. I hope I make Alicia Keys proud! Sing it with me girls!

Posted by Grace Anna Sings on Saturday, 14 September 2019

“Antara lagu yang mendapat tempat di hati peminat seperti lagu Girl on Fire dendangan Alicia Keys dan lagu Amanzing Graze,” katanya.

Menurut Rodgers, kisah peribadinya tidak didedahkan sebaliknya hanya nyanyian Grace Anna untuk peminatnya dimuat naik di Facebook.

“Anak saya suka menerima mesej positif daripada orang setiap hari. Ia luar biasa,” katanya.

Bercerita lanjut, kata Rodgers, anaknya perlu menjalani rawatan selama empat tahun untuk memperbaiki lutut kirinya ekoran tidak boleh lurus seperti kanak-kanak normal yang lain.

Artikel Berkaitan   Tidak Pernah Terbayang Akan Berlaku, Syarikat Terkenal Dan Kaya Ini Terpaksa Minta Pekerjanya “Work From Home” Selamanya

Bagaimanapun, Rodgers berkata, mereka sangat bertuah setelah menemui Dr Daniel J Sucato di Hospital Scottish Rite untuk Kanak-kanak, Scotland.

Angela Rodgers menyifatkan anaknya dilahirkan untuk menghiburkan orang ramai meskipun ada kekurangan pada dirinya.

“Beliau banyak membantu anak saya berdiri walaupun perlu mengambil masa yang lama untuk pulih. Buat masa ini Grace Anna menggunakan kerusi roda khas untuk bergerak,” katanya.

Grace Anna dan ibunya menerbitkan buku kanak-kanak yang bertajuk ‘Who Do You See When You Look at Me?’ dalam usaha mendidik dan menyebarkan kesedaran tentang manusia kerdil dan orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, Rodgers memberitahu orang ramai untuk terus memberi sokongan kepada OKU kerana mereka juga memiliki impian seperti manusia normal.

“Hanya kerana kami berbeza fizikal tidak bermakna kami tiada perasaan, impian untuk dikecapi,” luahnya.