(Video) Selepas Bergelut Tarik Beg Dengan Per4gut Sampai Masuk Wad Kecemasan, Wanita Ini Baru Tahu Dia Sedang ‘Hamil’…Ini Yang Terjadi Pada Kandungan Wanita Itu

JIKA sebelum ini, berita mengenai jenayah ragut hanya dibaca dan ditonton di televisyen namun seorang wanita tidak menyangka kejadian berkenaan benar-benar menimpa dirinya.

<<Rakaman Video Ada Di Paling Bawah Artikel,Selamat Membaca>>

Demikian kisah yang dialami Siti Fatimah Taqiah, yang menjadi mangsa ragut buat pertama kali dalam hidupnya, baru-baru ini.

Berkongsi cerita kepada mStar, wanita ini berkata, dalam kejadian di Melaka pada 6 September itu, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menunggang motosikal.

“Ketika itu pukul 10.50 pagi, saya dari Krubong Perdana menghala ke tempat kerja di Mydin MITC. Sebaik tiba di lampu isyarat, saya perasan ada sebuah motosikal yang seperti mengekori dari belakang.

“Ketika tiba di Jalan MITC berhampiran Lembaga Perumahan Melaka, penunggang motosikal itu menghampiri dan terus meragut beg yang saya letakkan di dalam bakul di hadapan,” katanya.

Tambah ibu muda berusia 24 tahun ini, ketika peragut yang berjaket hitam dan bersarung tangan hitam itu menarik beg miliknya, dia cuba melawan dengan menarik kembali beg tersebut.

Posting mengenai kejadian ragut yang dikongsi Siti Fatimah di Facebook. 

“Silap saya juga letak beg tu dalam raga, walaupun saya tutup sedikit. Biasa saya letak di bawah tempat duduk. Tapi kalau dah nak jadi cerita hari itu, memang tak boleh buat apa,” ujarnya.

Akibat insiden tarik-menarik beg itu, Siti Fatimah akhirnya terjatuh dari motosikal.

“Ada seorang uncle India, dia tolong kejar peragut dengan keretanya, namun gagal kerana peragut itu pecut laju. Uncle itu kemudian datang kembali untuk membantu saya yang cedera sambil dibantu beberapa kakitangan Lembaga Perumahan Melaka,” ceritanya.

Artikel Berkaitan   Tular Pelajar Sekolah Rendah Makan “Ghost Smoke”, Aksi Macam Sedang Merokok, Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Menurut Siti Fatimah, dia dihantar ke hospital menaiki ambulans selepas membuat laporan di balai polis.

“Saya dibawa ke bahagian kecemasan akibat luka di kaki dan terhentak di bahagian punggung.

“Malah sehingga kini rasa sakit di bahagian punggung itu masih terasa,” ujarnya.

Cerita Siti Fatimah lagi, beberapa hari selepas insiden itu, dia mendapat perkhabaran bahawa dirinya berbadan dua.

“Saya bersyukur sangat kandungan saya selamat. Kalau ikutkan, ketika kejadian itu, usia kandungan saya tiga minggu. Alhamdulillah, kandungan saya dalam keadaan baik hingga sekarang,” katanya yang mengandung anak keduanya.

Bagaimanapun, Siti Fatimah meluahkan sedikit rasa kecewa kerana peragut itu masih bebas.

“Sudah tiga minggu sejak insiden itu, namun masih belum ada perkembangan. Kecewa juga kerana rakaman CCTV yang ada sangat kabur dan mungkin sukar untuk mengenal pasti peragut itu.

“Bagaimanapun saya berharap pihak polis mengambil tindakan dengan meneliti rakaman CCTV dari bangunan berhampiran. Selagi dia bebas, saya bimbang orang lain jadi mangsa,” katanya.

Akibat insiden itu, Siti Fatimah berkata dia sehingga kini trauma apabila melihat penunggang motosikal memakai jaket hitam dan topi keledar berpenutup penuh.

“Suami pun tak benarkan saya naik motosikal lagi. Tambah pula saya sedang mengandung, jadi sekarang saya berkereta untuk ke tempat kerja.

“Kepada peragut itu, saya harap kamu segera ditangkap. Orang penat-penat cari duit, kau pula senang saja meragut,”akhirinya.

Kes ragut aku!!6/9/2019Di mitc berhampiran bangunan lembaga perumahan melaka.Ni gambar motor peragut tu!! Mse tu aku…

Posted by Siti Fatimah Taqiah on Monday, 23 September 2019

SUMBER