(Video) ‘Tak sampai hati melihat ada yang terluka, saya kahwini mereka berdua sekali gus’

Seorang lelaki mengambil keputusan untuk menikahkan dua wanita yang dicintainya serentak dalam satu majlis baru-baru ini kerana tidak mahu mengecewakan hati mereka.

Pernikahan pasangan itu berlangsung di Dusun Pangkalan Padang, Desa Airtarap, Kecamatan Kendawangan, Kabupaten Ketapang, Kalimantan Barat.

Lelaki itu bernikah dengan dua teman wanitanya itu dengan mas kahwin masing-masing berjumlah RM2.90.

Majlis itu turut dihadiri oleh keluarga ketiga-tiga pengantin yang merestui hubungan mereka.

“Saya tidak sampai hati melihat ada yang terluka. Maka saya mengambil keputusan untuk mengahwini mereka sekali gus,” kata pengantin lelaki.

Pria punya selera, Akad nikah 2 wanita sekaligus

Pria punya selera, sekali akad nikah langsung dua wanita 😅

Posted by "Marinir" on Monday, 19 August 2019

Video pernikahan pasangan itu turut viral di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Klip video viral itu menunjukkan pengantin lelaki duduk dan diapit oleh dua kekasihnya dalam upacara akad nikah.

Ketiga-tiga mereka turut tersenyum gembira pada kamera yang merakam detik-detik kebahagiaan mereka.

Artikel Berkaitan   Inilah Cara Mudah Untuk Lembutkan Daging atau Ayam Beku Dalam 5 Minit