[VIDEO] U-Turn Sesuka Hati, 2 Saat Je Beza Untuk Kemalangan, Pemandu Ini Mengurut Dada Sabar Perangai Pemandu

Perjalanan yang tenang jangan disangka tiada Myvi. Dalam video viral di media sosial semalam, pengadu yang sedang memandu ke destinasinya nyaris terlibat dalam kemalangan dalam kejadian yang berlaku di Sabah pada 9 Februari 2020.

Bagaimanapun, tindakan pantasnya berjaya mengelak dari terus merempuh sebuah kereta Perodu Myvi yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dari lorong bertentangan.

Pengadu yang pada awalnya memandu secara santai sambil menyanyikan lagu London Bridge Is Falling Down untuk anaknya, terpaksa menekan brek kecemasan setelah terkejut melihat Myvi itu membuat pusingan U secara tiba-tiba.

Disebabkan insiden itu, anak pengadu menangis kerana terkejut. Pengadu kemudian membunyikan hon yang panjang, tetapi pemandu Myvi itu hanya berhenti di tepi jalan seketika sebelum menyambung kembali perjalanannya tanpa sebarang rasa bersalah.

Posted by Randy Wong on Rabu, 19 Februari 2020

Ramai netizen yang menasihatkan pengadu menghantar video itu kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Facebook

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Artikel Berkaitan   Jangan Gelisah Duit Makin Kurang. Walaupun Kadang Duit Memang Tak Ada – Wanita Ini Kongsi Tips Supaya Duit Sentiasa Ada