[VIDEO] Viral Lelaki Ini Share Kucing Bercakap Sendiri Nak Minta Air Masa Dalam Kereta

Kucing bercakap? Kucing adalah binatang yang comel dan manja amat disukai ramai dan juga ia juga haiwan yang menjadi kesayangan Nabi SAW. Gelagatnya pasti akan mencuit hati si pemiliknya malahan ia dikatakan mampu hilangkan stress dan tension sesiapa saja yang membelanya.


Anda mungkin tidak akan percaya apabila ada yang mengatakan bahawa ada seekor kucing bercakap yang bertutur beberapa perkataan sama ada secara kebetulan atau sebaliknya. Memang agak sukar untuk dipercayai tapi rakaman video yang kini viral di laman sosial telah membuktikan segalanya.

Kucing Boleh Bercakap?

“Nak airr nakk airr nak airr, kalau dia minta MC D pitam aku.”

Itu adalah antara kapsyen yang ditulis oleh pemilik kucing yang memuat naikkan videonya di laman sosial Facebook. Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ridzwan ini telah mengejutkan ramai netizen apabila mendedahkan kebolehan kucing miliknya bercakap.

Kucing ini mungkin sejenis dengan kucing yang sedang viral di laman sosial.

Anda pasti akan mendengar dan menonton video ini berulang kali kerana sukar percaya apabila melihat si comel kucing ini mampu bercakap dan meminta air dari tuannya. Walau bagaimanapun, bunyi dari mulutnya seolah inginkan air atau pun secara kebetulan.

Nak airrr nakk airrrrr nak airrrr kalau die mintak mcd pitam aku 😆😆

Posted by Muhammad Ridzwan on Monday, 14 January 2019

Bagaikan faham dengan permintaan kucing tersebut, lelaki berkenaan terus bercakap dengannya dan berulang kali ia menyebut perkataan yang sama iaitu seperti ‘nak air’.

Kucing begini pasti mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri.

Rata-rata netizen amat menyukai dengan gelagat kucing tersebut dan ada yang mengatakan sebutannya adalah seperti mengiau dan bunyi perkataan ‘nak air’ itu adalah kebetulan saja. Ada juga yang berkata sebutan itu disebut berulang-ulang dan bermakna meow yang disebut tetapi bunyinya sepert nak air.

Apa sekalipun sama ada kebetulan atau memang haiwan itu menyebut atau meminta air, sekurang-kurangnya kucing bercakap itu mampu menggembirakan hati sesiapa yang mendekatinya malahan anda pasti akan ketawa dengan gelagat dan sebutan dari mulutnya itu.