Video Yb Hishammuddin Hisap Vape Semasa Tengah Live Di Parlimen Terima Kecaman Hebat

KUALA LUMPUR, 7 Ogos ― Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein memohon maaf atas tindakannya menghisap rokok elektronik (vape) di dalam Dewan Rakyat pada Isnin lepas.

Ahli Parlimen Sembrong itu juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya.

“Berhubung isu membabitkan saya hari ini, saya mengaku ia memang kesalahan saya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada Dewan yang mulia serta seluruh rakyat Malaysia. Saya janji tidak akan ulangi kesalahan ini.

“Saya juga tetap berpendirian bahawa tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengenakan denda, saya akan bayar. Terima kasih semua atas teguran dan nasihat,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook beliau malam tadi.

Sebelum itu, Hishammuddin turut membuat permohonan maaf di akaun Twitter miliknya.

Klip video berdurasi sembilan saat yang menunjukkan Hishammuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka tular di media sosial hari ini dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Suami Sanggup Tipu Isteri Konon Maut Dipukul Dan Mayatnya Dibuang. Rupanya Nak Lari Dari Bayar Hutang