[VIDEO]“Gila Ini Anak, Hilang Akal Atau Gi Mana?” Rindukan Ibu, Lelaki Ini Nekad Gali Kubur Ibu Bawa Pulang Mayat

Dek kerana terlalu merindui arwah ibunya, seorang lelaki di Jakarta ini sanggup menggali semula kubur ibu dan membawa pulang jenazah wanita itu kerumah di Kabupaten Probolinggi, Jawa Timur.

Dilaporkan jenazah baru 40 hari dikebumukan dan anaknya, Nasir dipercayai terlalu merindui arwah hingga memaksa beliau berbuat sedemikian.

Menurut portal Kompas, kejadian itu pada mulanya tidak diketahui oleh penduduk selepas tular video menunjukkan beliau cuba mengebumikan semula jenazah pada Ahad lalu.

Lokasi kubur itu pula dikatakan terletak jauh didalam hutan, membuatkan penduduk tidak menyedari akan tindakan Nasir yang membawa pulang jenazah ke rumah.

Pemuda itu pula dilaporkan mempunyai masalah tekanan jiwa selepas kematian ibunya.

“Dia menggali sendiri kubur pada waktu siang tanpa pengetahuan sesiapa. Kubur itu di tengah hutan dan kawasan terbabit jarang dilalui penduduk.

“Kemudian dia memasukkan jenazah ke dalam guni lalu dibawa pulang ke rumah namun kakaknya, Sul mendapat tahu perkara itu dan memujuknya mengebumikan semula jenazah,”, kata jurucakap Kepolisian Sektor (Kapolsek) Pakuniran, Iptu Habi Sutoko kepada Detik News.

Artikel Berkaitan   “Ya Allah..Sedih Tengok Dayah Menangis Cerita Perjuangan, Dari Bujang Seorang Diri Dirumah. Mengandung Dan Sampai Melahirkan Anak Seorang Diri”