Viral Sembelih Ayam Lepastu Campak Dalam Air. JAIS Siasat Dan Ini Apa Yang Mereka Jumpa

Sembelih Ayam Lepastu Campak Dalam Air. JAIS Siasat Dan Ini Apa Yang Mereka Jumpa

Satu rakaman video yang pada mata kasar menunjukkan penyembelihan dan pemprosesan ayam dilakukan tanpa mengikut hukum syarak selain mengenepikan aspek kebersihan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Aktiviti itu dikatakan berlaku di Seri Kembangan, Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya telah mengenal pasti lokasi premis berkenaan dan telah menjalankan siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar premis terbabit.

“Laporan berkaitan akan dikeluarkan kemudian setelah siasatan lengkap dilakukan,” katanya.

Haris bagaimanapun berkata berdasarkan kepada klip video berkenaan, premis itu nampaknya tidak mempunyai sijil halal.

“Ini kerana proses untuk mendapatkan sijil halal bagi pusat penyembelihan perlu melalui syarat-syarat ketat termasuk dari aspek kebersihan,” katanya.

Video berdurasi tiga minit 40 saat yang dikongsi di media sosial itu antara lain memaparkan seorang pekerja menyembelih beberapa ekor ayam tanpa mengikut hukum syarak sebelum dibiarkan mati dengan mencampakkannya ke dalam bekas besar berisi air.

Ia turut menunjukkan ayam yang telah disembelih diuruskan di atas lantai simen yang dipenuhi darah oleh beberapa pekerja lain.

Sumber Artikel: Siakap Keli

Video Yang Telah Menjadi Tular..

NOTAKAKI: Patutlah sekarang tular di media sosial untuk boikot beberapa produk termasuk ayam. Pilihla makanan yang diyakini Halal Toyibban.. Insyallah dipermudahkan.. mahal sikit takpe janji Halal.

Artikel Berkaitan   “Sayang Kau Ada Bakat, Bagus Dalam Nyanyian Tetapi” – Sekian Lama Pendam, Ini Luahan Ajai Pada Mamat Exist