“Virus Ni Lebih Bahaya Dari Covid-19. Dia Diberi Kekayaan Sehingga Lupa Halal Dan Haram”

Nama usahawan kosmetik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman terus hangat diperkatakan beberapa hari ini.

Semuanya gara-gara aksi ‘melampaunya’ berbikini di Instagram sehingga menaikkan kemarahan penkakwah agama seperti PU Amin serta netizen sehingga pendakwah itu mencadangkan agar masyarakat sekali lagi memboikot usahawan tersebut

Terbaru PU Syed turut berbuat perkara sama dengan meminta PDRM dan JAKIM untuk segera mengambil tindakan terhadap Sajat supaya perbuatannya dapat dihentikan

“Sampai bila nak menunjuk aset palsu”

“Gambar terbaru jantan berbikini ini sangatlah meloyakkan anak tekak saya, mane nak letak maruah kamu sebagai seorang muslim!

“Mabrurah sangat umrah yang kamu buat sebelum PKP haritu ye? Sampai bila kamu nak menunjukkan asset-aset palsu milik kamu?

“Saya sampai sekarang masih menunggu dan menanti sejak zaman BN , kemudian PH dan sekarang PN untuk pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada beliau, untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar pada masa akan datang kepada rakyat Malaysia,” tulisnya.

“Kelakuan Sajat lebih teruk dari Covid-19”

Malah penceramah ini turut menyifatkan kelakuan Sajat menyerupai lebih teruk dari bahaya virus Covid-19 justeru dia menyeru orang ramai untuk memboikotnya sebagai pengajaran.

“Tolonglah JAKIM dan PDRM selesaikan virus yang lebih bahaya dari Covid-19 ini. Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dengan pendustaan terhadap hukum agama

“Ya Allah, jika disebabkan kekayaan yang ada padanya, menjadikan dia lupa kepadaMu, tariklah balik kurniaan itu. Wajib Boikot produk-produk miliknya.

“Ingat, siapa yang beli produk-produknya, bermaksud, anda menyokong segala aktiviti-aktiviti melanggari syariat yang telah dia lakukan! Dalam tak sedar, kalian juga akan mendapat saham dosa kering,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan   “Kecoh Pasal Post Gambar Pakai Baju Cleaner Semalam. Ada Yang Call Tanya... Betul Ke?” Artis 90an Jadi Cleaner, Ini Jawapan Tuan Badan

kredit buzzkini