Vivy Yusof Sumbang Penghawa Dingin Untuk Hospital

Susulan penularan wabak COVID-19 di Malaysia, sudah pasti pelbagai cabaran dihadapi oleh kakitangan perubatan yang merawat para pesakit lebih-lebih lagi ada yang perlu berada di khemah khas dan terpaksa bekerja dalam keadaan panas.

Peka dengan keadaan tersebut, pengasas tudung terkemuka, Vivy Yusof dan suaminya, Fadza Anuar telah menyumbangkan penghawa dingin mudah alih (portable) kepada pihak hospital yang memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.

Menerusi Instagram, Vivy berkata dia sendiri telah menghubungi beberapa hospital untuk bertanya tentang keperluan mereka. Ujarnya lagi, beberapa penghawa dingin telah dihantar ke Hospital Serdang dan lebih banyak lagi bantuan akan diberikan.

“Selepas pihak hospital dan sukarela melakukan pelbagai perkara yang menakjubkan, saya dan Fadza merasakan kami harus lakukan sesuatu.

“Saya hubungi pihak hospital dan bertanya tentang keperluan mereka, kami membuat keputusan untuk menyumbang beberapa penghawa dingin mudah alih dari pihak semua individu di Fashion Valet.

“Beberapa penghawa dingin telah dihantar ke Hospital Serdang, Insya-Allah lebih banyak peralatan menyusul selepas ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Vivy sempat menitipkan kata-kata penghargaan buat semua kakitangan hospital yang terlibat dalam usaha merawat pesakit COVID-19. Katanya, dia tidak dapat bayangkan mereka kepanasan memakai sut hospital berjam-jam lamanya.

Sumber : Rotikaya

Artikel Berkaitan   Gadis Ini Ada Ijazah Minta Hantaran 15k Dan Mahal Akhirnya Buka Mulut Sebab Tak Tahan Kena Kecam