Isu yang sering hangat diperkatakan adalah isu berkaitan dengan kecurangan suami pada isteri. Isu ini bukan lah suatu isu yang baru,tetapi ianya terus terjadi daripada dahulu hingga kini. Islam tidak menghalang seorang suami untuk melakukan poligami didalam rumah tangga jika mampu,tetapi haruslah berlaku adil.
Agak tidak betul jika sanggup melepaskan isteri yang setia untuk mengahwini seorang wanita lain. Jika seorang suami mencari kesempurnaan seorang wanita,maka tidak akan akan jumpa sempurna itu didalam rumahtangganya walaupun beliau berkahwin dengan seribu wanita. Melainkan nafsu yang masih belum terpenuhi.
Lupakah seorang suami,isteri yang dinikahi itu juga dalah seorang manusia biasa. Mana ada seorang manusia yang sempurna. Manusia tidak kira seorang lelaki ataupun wanita diciptakan dengan pelbagai watak atau karakter. Ada kelebihan dan ada juga kekurangan.
Ingin kami berkongsi,pada suatu masa dahulu didalam satu ceramah ada seorang Ustaz mengatakan, lelaki ini memang sukakan kecantikan. Itu adalah lumrah. Tetapi jika seorang lelaki itu tidak berusahan untuk bersyukur dengan kecantikan wanita yang beliau ada iaitu isteri,maka jika diberikan seluruh wanita yang cantik didunia kepadanya ,dia tetap juga akan mencari wanita yang lebih cantik daripada apa yang beliau perolehi. Sehinggakan apabila seluruh wanita cantik didunia sudah beliau perolehi dan yang tinggal hanya seekor anjing yang cantik,maka anjing itu juga dia akan tetap mengejar untuk mendapatkannya. Ayuh muhasabbah diri.
Berikut adalah perkongsian daripada saudara Andy Sulaiman. Semoga bermanfaat.
“Sebelum Nak Tinggalkan Bini Sebab Nak Kejar Ke Perempuan Lain, Renung 5 Tanda Ni. Kalau Ada Pada Bini Kita, Fikir Lah Semasaknya.”
1. Jika masa bercinta isteri kau kurus sekarang dah gemuk, itu tanda dia bahagia dengan kau. Jarang orang kecewa berat badan makin naik. Dia pun sanggup tak makan lepas tu, melompat bersenam tunggang langgang semata-mata nak sedap mata kau memandang.
2. Jika dah ada ramai anak, kenangkan berapa kali dah dia pertaruhkan nyawanya sendiri masa bersalin, tanda sanggup korbankan nyawa lahirkan benih kau. Kau sembelit, lobang terluka sikit pun, kerja nak marah orang je.
3. Dalam kereta, kau kentut pun dia steady je. Tak ada menggelabah. Itu contoh mudah tanda baik buruk kau, elok selekeh kau dia terima seadanya. Tutup hidung tu biasa lah. Alah kau ni.
4. Kau ada rezeki lebih, dia tak meminta bukan-bukan. Kau tak ada pendapatan, dia hulurkan bantuan. Tanda susah senang, dia setia di sisi. Orang luar yang kau gila-gilakan, belum tentu ada waktu kau dalam kesusahan.
5. Pandang cermin dan lihat diri kita. Syukur lah ada wanita yang mencintai dan menyayangi kita. Itu tanda walau kau tak hensem, dia tetap ada.
Kenapa nak lukai hati isteri kalau dia dah setahap ini. Yakin ke di luar boleh cari yang lebih baik lagi?
Aku pun banyak silap. Dari kesilapan, kita terus mencuba jadi suami yang baik.