Walaupun Dilahirkan Kelainan Upaya Guru Wanita Ini Tunjuk Demo Pakai Tudung Guna Kaki. Respect!

Wanita cantik bernama Pn.Norfarrah Syahirah Binti Shaari merupakan Ikon Inspirasi Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang bertugas sebagai salah seorang staf di Kolek Komuniti Teluk Intan, Perak.

Beliau yang tidak mempunyai kedua-dua tangan mencetus inspirasi buat semua orang. Melalui satu perkongsian video yang dimuat naik dalam laman Jengka Today, Pn. Norfarrah menunjukkan cara belia memakai tudung hanya dengan menggunakan kaki.

Perkongsian mengenai kehidupan Puan Syahirah ini adalah sebagai salah satu motivasi yang diberikan kepada para pelajar supaya mereka tidak putus asa dalam menjalani kehidupan akan datang.

Oku Pakai tudung

Subhanallah..kau memang hebat dik..Acik bangga dengan kamu..

Posted by Jengka Today on Saturday, 12 October 2019

Sumber : BorakDailyJengka Today

Artikel Berkaitan   “Bagi Memenuhi Hasrat Ibu Mentuanya, Wanita Ini Akhirnya Bersetuju Untuk Hantar Anaknya Ke Sekolah Tamil”