Walaupun Umur Sudah 70an, Bapa Ini Terpaksa Terus Bekerja Sebagai Tukang Cuci Untuk Membantu Kos Rawatan Anaknya Yang Lumpuh

Jasa seorang bapa perlu diingati kerana banyak berkorban dalam mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak yang meningkat dewasa.


Baru-baru ini, seorang bapa Mohd Jamal sanggup mengerah tenaga untuk bekerja demi menampung kos perubatan anak lelakinya, Mohd Sukri yang diserang penyakit strok otak sehingga mengakibatkan lumpuh.

Walaupun sudah berusia sekitar 70-an, warga emas yang bekerja sebagai tukang cuci itu memerlukan bantuan kewangan untuk menanggung kos perbelanjaan anak selepas keluar dari hospital.

Lebih menyayat hati, isteri dan anak perempuannya juga turut meninggal dunia akibat bertarung nyawa dengan penyakit yang sama sebelum ini.

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi beliau di talian 012-2548100 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0710029000400818 atas nama Mohd Jamal Madar.

Sumber : Penang Kini