Wanita Beli Krim Untuk Cantik, Lepas Bangun Tidur Dia Terkejut Jadi Shrek Warna Hijau

Seorang wanita terkejut selepas mendapati kulit badannya bertukar warna hijau apabila menggunakan krim menggelapkan kulit dipercayai tiruan.

Jenni Coleman, 35. dari Wythenshawe, England mendakwa menggunakan krim itu diseluruh badannya tanpa menyemak ketulenan produk berkenaan terlebih dahulu.

Namun begitu, beliau menangis apabila mendapati dirinya sudah bertukar menjadi hijau pada keesokkan harinya.

“Saya tak pasti bagaimana berlaku, saya lihat botol itu dan ternyata ia tiruan, palsu.

“Saya tinggal bersama anak perempuan Leah, 17, dan Emily, 14, dan berkali-kali mandi, malah menggunakan krim ‘exfoliant’ dalam usaha menghilangkan warna tersebut,” katanya.

Akibat daripada itu, rakan-rakannya kini mengusiknya dengan memberitahu bahawa dia kelihatan seperti ahli sihir dan juga watak Shrek.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Saya Sangkakan Haiwan Itu Dua Ekor Anjing Tapi Bukan. Badannya Putih Ia Spesies Albino, Ini Peluang Saya Tengok Pertama Kali”