Wanita Ini Cuba Leraikan Pergaduhan, Seorang Lelaki Ketuk Pintu Pagar Tiba-Tiba Wanita Itu Jatuh Pengsan, Rupanya Nyawa Sudah Tiada

Seorang wanita maut dipercayai akibat serangan jantung ketika berlaku pergaduhan antara anaknya dengan sekumpulan lapan lelaki di rumah mereka di Jalan New Delhi, Buntong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 8 malam itu, mangsa, M. Abiramy, 45, pengsan selepas terkejut dengan tindakan salah seorang daripada suspek yang bertindak mengetuk pintu pagar berhampiran tempat mangsa berdiri.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut namun dia disahkan meninggal dunia selepas 15 minit berada di hospital itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa mahu ke kuil namun berpatah kembali selepas melihat sekumpulan lelaki berada di luar rumahnya.

“Kumpulan lelaki berkenaan bertindak membuat kecoh sebelum mereka memecahkan cermin kereta jenis Honda Accord milik anak lelaki mangsa.

“Ketika cuba meleraikan pergaduhan tersebut, salah seorang daripada lapan suspek itu mengetuk pintu pagar berhampiran mangsa berdiri dan menyebabkan wanita itu terkejut lalu jatuh pengsan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah Mohamad Nordin, mangsa dibawa ke HRPB oleh ahli keluarganya namun dia disahkan meninggal dunia 15 minit kemudian.

“Dalam pada masa sama, ketika seluruh ahli keluarga mangsa berada di hospital, kumpulan tersebut telah membakar Honda Accord itu sehingga menyebabkan kebakaran itu merebak ke rumah mangsa,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku akibat pergaduhan anak lelaki mangsa dengan seorang lelaki di sebuah kuil di Jalan Spooner pada pukul 5 petang hari sama.

“Pergaduhan berlaku selepas mereka berselisih faham kerana anak lelaki mangsa dikatakan teah menyembunyikan lembu-lembu lelaki itu.

Artikel Berkaitan   Jangan Ambil Mudah! Mungkin Anak Anda Jadi Bantut Disebabkan Anda Yang Tidak Peka Tentang Keperluannya

“Polis kini sedang memburu semua suspek yang terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE