Wanita Ini Dipenjara Akibat Kuat Membebel Dan Selalu Suruh Suami Kemas Rumah

Seorang wanita ditahan pihak berkuasa kerana sering berleter menyuruh suaminya mengemas rumah.

Valarie Neal, 59, mengkui sering menyuruh suaminya yang juga merupakan bekas ahli bina badan untuk melakukan kerja rumah.

Wanita yang berasal dari utara Yorkshire mengakui diperintahkan oleh mahkamah untuk penahanan dua tahun kerana tindakan itu, namun kes telah digugurkan.

Beliau juga terpaksa tinggal dalam lokap selama 17 jam atas dakwaan ‘kelakuan mengawal’ pada April lalu.

Walaubagaimana pun, Valarie menafikan tindakannya sambil menyifatkan ia sebagai satu perkara biasa.

“Saya hanya minta suami memvakum rumah, membuat kopi dan mengelap pintu.

“Jika itu dikira berleter, saya akan buat sendiri. Tetapi suamu yang mahu memvakum, ia bukan satu kesalahan jenayah.

“Saya menghargai perkahwinan yang sudah terumbang ambing ini namun suami tetap melayan saya dengan cara sendiri.

“Segalanya musnah selepas segala kasih saying dan perhatian diberikan kepadanya demi menyelamatkan hubungan ini”, katanya.

Kedua-dua mereka kini juga dilaporkan sudah bercerai.

Sumber: Mirror UK

Artikel Berkaitan   Pemandangan Yang Mengejutkan Negeri Pahang Dari Udara, “Teh Ais” Menenggelami Beberapa Daerah