Wanita Ini Kongsi Petua Naikkan Seri Wajah Cara ‘Instant’ Guna Masker Halba, Penting Untuk Wanita Yang Dah Berumahtangga

Kadang-kadang kulit wajah kita tiada pun masalah kulit tapi dek kerana kusam terus tak naik seri, tak glowing.

Dan seri wajah ini tak semestinya hanya untuk pengantin saja, wanita yang dah kahwin juga perlu sentiasa pastikan wajah berseri untuk pasangan.

Bagi yang tak mahu bazir duit beli produk yang tak tentu keberkesanannya bolehlah cuba petua yang dikongsi oleh Aisyah Badar Bajrai.

Wajah glowing ‘mowing’

Memula masa jumpa petua ni, Aisyah macam percaya ngan tak jekk. Ye laa, dalam post tu cakap pakai halba boleh buat muka kita instant glowing pastu boleh kurangkan jerawat merah merah kat kulit. Macam tipu jekk. Dah la nak buat dia senang sangat.

Jadi semalam Aisyah try la buat masker halba ni. Kengkonon nak try la betul ke muka glowing mowing. Ehhhh, serious laa muka memang instant glowing. Yang lagi best, muka nampak bersih jek.

Mana jerawat yang tengah mengamuk tu semua dah kena pujuk. Tak merah dah. Padehal baru pakai sekali. Rupenyer halba ni selain boleh glowing mowing kan kulit kita, dia ada thiamine jugak tau.

Boleh cool kan jerawat yang tengah mengamuk juga

Thiamine ni boleh sihatkan kulit kita. Pastu kalau kat muka ada banyak black head, memang elok sangat buat masker halba ni.

Masker halba ni bukan setakat boleh kurang kan black head jek, mata panda pun boleh bertukar jadi mata pola bear, putih berseri gituu..

Tapiii, yang paling unsangkarable, masker halba ni ada vitamin C. Patut la bila pakai masker halba ni, memana jerawat merah yang tengah mengamuk tu semua cool jek. Hilang terus merah membara dia.

Ok jom tengok cara buat dia

Bagi yang tak kenal, inilah halba.

Rebus halba dengan air selama 5 minit. Pastu biarkan semalaman. Kalau air tak banyak, nanti korang masukkan air lagi.

Tadaa, ni la texture dia lepas kene blend. Texture dia macam play doh sikit. Jadi korang tampal tampal jek la kat muka

Ha…macam mana senangkan. Sebelum guna produk yang mahal-mahal tu boleh lah cuba petua masker ini dulu.

Sumber: Aisyah Badar Bajrai

(Visited 271 times, 1 visits today)