Wanita Ini Mempunyai Pekerjaan Yang Pelik Menerima Upah Untuk Menangis Di Hari Kematian, Pendapatan Beliau RM118, 829 Setahun

HENAN – Seorang wanita berasal dari wilayah pedalaman Henan di China menyara keluarganya dengan ‘bakat’ menangis.

Wanita berkenaan dibayar upah untuk menghadiri pengebumian individu tidak dikenali dan dia dikehendaki menangis serta meratap hiba seolah-olah si mati adalah ahli keluarganya sendiri.

Menurut wanita yang enggan dikenali itu, dia menerima bayaran sekurang-kurangnya 330 yuan (RM196) untuk menangis selama 30 minit.

Dalam setahun, dia mampu memperolehi 200,000 yuan (RM118, 829) pendapatan yang agak lumayan di kawasan pedalaman China.

Pendapatan yang dikumpul selama lebih 20 tahun menjalankan kerja itu membolehkannya membeli sebuah rumah untuk keluarganya selain menghantar anak sulungnya menuntut di universiti. – Agensi

Artikel Berkaitan   Akibat Nak Lari Punya Pasal, Sekumpulan Pelacur Ini Sanggup Ikut Laluan Tikus Untuk Melarikan Diri