Wanita Ini Tertangkap Kerana Mencuri Di Pasaraya, Tetapi Setelah Diselidik Polis Terkejut Lalu Melepaskannya

Seorang wanita yang ditahan selepas mencuri pelbagai jenis barangan termasuk ayam mentah di sebuah pasar raya di sini semalam dibebaskan polis hari ini.

Wanita berusia 31 tahun tersebut ditangkap pengawal kesalamatan pasar raya terbabit bersama barangan yang dicuri dianggarkan bernilain RM80.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, antara barangan yang dicuri wanita tersebut adalah satu bungkusan pek isian semula krim mandian, satu bekas serbuk lada hitam, krim muka, dua bungkus ayam dan satu peket kiub tulang.

“Semakan mendapati wanita tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Dia bagaimanapun telah dibebaskan polis dan dia tidak diambil tindakan dakwaan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Difahamkan, wanita yang mempunyai tiga anak kecil berusia 4, 6 serta 10 tahun itu menyara kehidupan mereka berempat berdasarkan hasil mengambil upah mengasuh anak dengan pendapatan RM500 sebulan.

Dia juga kini sedang dalam proses perceraian dengan suaminya yang telah meninggalkannya sejak dua tahun lalu.

Tambah Barudin, beliau telah mengarahkan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk membuat lawatan atas dasar kebajikan. – K! ONLINE

(Visited 2,526 times, 1 visits today)