Wanita Ni Kongsikan Cara Buat Whipping Cream Homemade Guna 5 Bahan. Semudah Abc, Lagi Jimat & Rasanya Pun Sedap!

Kalau beli kat kedai, harganya pun boleh tahan mahal. Jadi apa kata buat sendiri je Whipping Cream Homemade kat rumah. Jimat pun jimat. Apa lagi musim PKP ni, ramai yang mencuba resipi baru. Sehinggakan kehabisan whipping cream.

Itu yang dikongsikan oleh Shaza Kamilah‎. Bagi ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri, ini resipinya.

kt K.Tganu skrg mmg tatura cream cheese & whipping cream dh abis ehh..ni penangan kek tornado viral kehehe..sy cari kat sume kedai bkery tp dh abis last2 tanya staff kedai bakery resepi buat whipping cream sndiri.. sy share skli kt sini spy sng nnti sy pon nk tgk lps2 ni 
btw whipping cream ni lg jimat..hihi rasanya pon sedap 

Bahan2
1 sudu besar ovalette
5 sudu besar susu pekat
4 sudu susu tepung full cream
2 sudu gula halus **kalau suka manis buat 3 sudu
ais 1 mangkuk
pukul semua bahan2

Cara membuat:

  1. masukkan bahan2 dan putarkan saja

  1. taraa dh siap whipping cream

  1. dh sedia nk di putar bsama cream cheese

**hati2 masa pukul smua bahan nnti ais tpelanting
**guna bekas besar sikit spy whipping cream boleh mengembang dgn jyanya

 

Artikel Berkaitan   7 Petua Ikan Bilis Goreng Yang Lebih Rangup, Tahan Lama & Tak Liat