Wanita Sanggup Gali Lubang Semata-Mata Mahu Bebaskan Anak Dari Penjara Tapi “Terciduk”

Kiev: Seorang wanita di Ukraine sanggup bergadai nyawa dengan menggali terowong bawah tanah untuk membebaskan anaknya dari penjara.

Oddity Central melaporkan anaknya itu menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh.

Bagaimanapun, usaha wanita berusia 51 tahun yang berasal dari bandar Nikolaev itu sia-sia selepas dia diberkas pihak berkuasa.

Ketika ditahan, wanita itu sudah berjaya menggali terowong sehingga menghampiri pagar penjara. Media tempatan melaporkan pada mulanya wanita itu menyewa rumah berhampiran penjara.

Setiap malam, wanita itu menunggang skuter elektrik ke padang dan melakukan kerja menggali terowong dari situ. Dia turut membawa troli yang diubah suai untuk mengeluarkan sisa tanah dari terowong berkenaan.

Dia melakukan kerja itu secara senyap-senyap selama tiga minggu. Difahamkan, wanita berkenaan hanya keluar dari rumah pada waktu malam bagi mengelak dirinya dikenali jiran dan penduduk setempat.

Laporan lain menyebut wanita itu menggali terowong pada kedalaman 0.3 meter tanpa bantuan orang lain.

Dalam tempoh tiga minggu itu juga, wanita berkenaan sudah memindahkan tiga tan tanah ke garaj terbengkalai di kawasan berhampiran. Kegiatannya terbongkar selepas polis menemui peralatan untuk menggali di rumah sewanya.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Lepas Tu Tak Kan Nak Duduk Atas Riba Pulak” Diusik Netizen Datin Ayah Sound Direct