“Wanita Zaman Sekarang Suka Yang Kita Punya. Kalau Memang Mahu, Minta Kepada Allah Ya Kakak, Makcik Dan Adik”

PELAKON terkenal Indonesia Laudya Cynthia Bella mengambil keputusan untuk tidak lagi memuat naik gambar bersama suami, Engku Emran.

Laudya atau mesra disapa Bella menerusi Instagram Stories berkata, ia disebabkan wujud pihak ketiga yang mahu merampas suaminya.

“Insya-Allah, ini muat naik terakhir dengan suami. Wanita zaman sekarang suka yang kita punya.

“Kalau memang mahu, minta kepada Allah ya kakak, makcik dan adik,” katanya.

Bagaimanapun, status yang dikongsi sejak Jumaat itu dipadam tidak lama kemudian.

Bella dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017.

(Visited 842 times, 1 visits today)