“Weh polis tu pukul weh!” -Viral Video Polis Trafik Pukul Orang Awam di Ipoh, Tapi Sebenarnya…

Kelmarin tular sebuah video menunjukkan seorang angota trafik yang dikatakan memukul seorang remaja dan menjadi bualan ramai orang. Menurut Sinar Harian, kejadian itu berlaku di Ipoh kira-kira jam 6.35 petang.

Polis Ipoh kemudian tampil memberikan penjelasan berhubung video yang tular itu dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, polis terbabit sedang menjalankan Op Bersepadu Samseng Jalanan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dekat Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.

Menurutnya, dua anggota trafik telah diarahkan menghala ke Persiaran Brash dan ketika tiba di lokasi terbabit, mereka menyalakan lampu beacon serta membunyikan siren untuk memberi petanda agar kenderaan yang datang daripada arah depan berhenti.

Setelah beberapa kenderaan berhenti, tiba-tiba anggota trafik berkenaan nampak dua motosikal dari arah bertentangan dengan laju dan menunggang secara zig-zag serta berbahaya telah menuju ke arah mereka sebelum melanggar motosikal anggota tersebut.”

Akibat daripada pelanggaran itu, seorang anggota trafik terjatuh daripada motosikal. Kemudian anggota berkenaan membuat tangkapan ke atas kedua-dua penunggang motosikal terbabit kerana mereka cuba melarikan diri dan bertindak agresif.”

Katanya, dua remaja itu berusia 17 tahun dan kedua-duanya telah disaman atas kesalahan lalu lintas iaitu mengubahsuai kenderaan, tiada lesen memandu dan memotong secara bahaya.

Ujian saringan awal air kencing yang dikendalikan oleh pihak AADK Perak terhadap kedua-dua penunggang motosikal tersebut adalah negatif. Kedua-dua penunggang dibenarkan balik setelah tindakan diambil.”

Tonton video di bawah:

(Visited 643 times, 1 visits today)