Ya Allah, Azabnya Buang ‘Kolagen Saka’ Di Dagu, Rasa Macam Nak Mati

Gara-gara membuat suntikan kolagen bagi meruncingkan dagu, Sarina Shafie, 38, dan Baharun Baharun Baharudin atau lebih dikenali sebagai Embun, 37, pernah disindir wajah mereka kelihatan seperti Firaun, hantu dagu, dagu panjang, dagu terpisah muka dan nenek sihir, lapor Harian Metro.

Tidak tahan dengan ejekan itu, Sarina dan Embun akhirnya mengambil keputusan untuk membuang kolagen bagi mengembalikan dagu mereka kepada bentuk asal.

Menurut Sarina, dia mengambil suntikan kolagen ketika berumur 25 tahun kerana mahu kelihatan cantik dan memiliki wajah seperti selebriti.

“Lagipun saya tidak mahu ketinggalan dengan trend suntikan yang popular pada masa itu,” katanya.

Malangnya, masalah mula timbul apabila Sarina berusia 35 tahun di mana ramai yang menegur mengapa dagunya kelihatan pelik.

“Ramai yang tegur kenapa dagu panjang, kenapa dagu pelik, kenapa dagu terpisah dari muka, kenapa muka dulu cantik, kenapa muka jadi macam ini dan jutaan lagi persoalan yang membuatkan saya mula risau kerana saya sendiri tidak perasan dengan perubahan wajah saya.

“Menjadikan saya lebih tertekan selaku pemilik produk kosmetik, saya selalu mengajar make up secara siaran langsung di media sosial, namun terganggu apabila ada komen yang menghina dan mengutuk saya secara terbuka.

Artikel Berkaitan   Umur 84 Tahun Baru Menerima Hidayah, Warga Emas Ini Berjalan Sorang Masuk Ke Masjid