Ya Allah Sedapnya Puding Marble Ni. Hari Ni Terlebih Rajin Okey

Resepi puding marble ini memang sedap dan mudah disediakan.

Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
• 37 gm agar-agar tali
• 6 gelas air (1300 ml)
• 2 1/2 gelas gula pasir ( 470gm)
• 4 biji telur
• 1/2 cawan tepung jagung
• 1 1/2 tin susu cair (IDEAL)
• 2 sudu besar marjerin
• 1/2 cawan serbuk koko (bancuh dgn sedikit air)
• 1 sudu teh esen vanilla
CARA-CARA:
1. Masak agar-agar dengan air.
2. Pukul telur sampai kembang, masukkan tepung jagung ke dalam telur, pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan susu cair dan esen vanilla, pukul sebati.
4. Apabila agar-agar tadi sudah hancur masukkan gula. Bila hancur tapiskan ke dalam periuk. Kemudian jerang balik ke atas dapur hingga mendidih. Masukkan adunan telur tadi (tapis dahulu adunan telur sewaktu menuang ke dlm agar-agar)
5. Kemudian kacau hingga mendidih dua tiga kali. Masuk marjerin dan kacau lagi.
6. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu masukkan koko dan kacau di atas api. satu bahagian lagi warna asal vanilla.
7. Apabila angkat tuang berselang seli di dalam loyang.
8. Boleh disimpan sejuk dalam peti ais.

Kredit: Marina Mar Mawar

Selamat mencuba!

Jangan lupa share dengan kawan-kawan ye.
Terima kasih!

Artikel Berkaitan   Resepi Ayam Percik Limau Purut Madu.. Mudah Dan Sangat Sedap