“Ya Memang Saya Ada Anjing, Nama Dia Blacky” Netizen Pertikaikan Umie Aida, Rupanya Inilah Kisah Sebenar

PELAKON Datin Seri Umie Aida mendedahkan dia memiliki seekor anjing yang menjadi penjaga rumahnya sejak setahun yang lalu.

Menurut Umie, anjing tersebut asalnya hanya seekor anjing jalanan tetapi dia sering memberi makan dan secara tidak langsung anjing itu terus menganggapnya sebagai tuan yang membelanya.

Anjing yang diberi nama Blacky itu menjadi penunggu setia di hadapan rumahnya.

“Rasanya hampir setahun Blacky jadi jaga depan rumah Me (Umie). Asalnya dia street dogs, Me kasi makan.. dia terus anggap Me tuan dia.

“Dan dia macam tahu batas-batas antara Me dengannya. Kalau Me buka pintu pagar rumah, tak pernah sekali pun dia cuba masuk.

“Dia sedar ruangnya hanya luar pintu pagar rumah Me. Dan Blacky sangat setia dan dengar cakap,” tulisnya.

Umie berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan   Lelaki Temui Gambar Beliau Dalam Balutan Kuning Dipercayai Santau Angin Dan Tanah Kubur