“Ya Memang Saya Ke Kelab Malam Untuk Makan Pizza”

Gara-gara memuat naik gambar menikmati pizza, ramai mendakwa Emma Maembong menipu apabila beliau memaut lokasi di Sungai Buloh, sebaliknya beliau di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


Sebaik sahaja memuat gambar berkenaan, ramai mempersoalkan lokasi sebenar Emma berada hingga menimbulkan perdebatan netizen. Terkejut dengan reaksi peminat, Emma mengakui pergi ke kelab malam itu untuk makan pizza.

“Memang saya ke sana tetapi kongsi kedudukan sekarang (sewaktu foto itu dimuat naik di Sungai Buloh). Saya pergi la, pizza sana sedap, why (kenapa),” tulisnya di Instagram mengakui ke kelab malam.

Di ruangan komen ramai mengecam tindakan Emma yang seolah menipu peminat dengan memaut lokasi yang berbeza. Malah ada juga mendakwa, dirinya yang sudah tidak bertudung memudahkan beliau untuk ke kelab malam.

Hasil pemeriksaan laman sosial pelakon itu, Emma telah menutup ruangan komen untuk gambar berkenaan. Apapun mungkin Emma pergi ke kelab malam hanya ingin menikmati pizza, tidak lebih dari itu.

(Visited 250 times, 1 visits today)