“Your Mom Is Green” Tuduh Malaysia Amalkan Diskriminasi, Netizen Tentera Bawang Serang Al-Jazeera

Berang dengan tindakan agensi berita antarabangsa dari Qatar, Aljazeera yang menerbitkan dokumentari didakwa tidak tepat dan berunsur tuduhan ke atas Malaysia, rata-rata netizen di negara ini mula menjalankan ‘tugas’ masing-masing.

Kini, halaman Facebook Aljazeera English dipercayai sedang ‘diserang’ dan ‘dibanjiri’ dengan komentar-komentar netizen Malaysia.

Hampir kesemuanya bersatu-padu menyuarakan rasa tidak puas hati, seperti biasa menggunakan ayat keramat “Your mom is green” (dibaca speaking) diikuti dengan tanda pagar ‘#ApologizeToMalaysia‘.

Berikut adalah beberapa komentar netizen di sana.

Di tengah kehangatan para netizen meninggalkan komen, ada netizen dari luar negara bertanyakan soalan tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku antara agensi berita itu dengan Malaysia.

Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Al-Jazeera perlu membuat permohonan maaf ekoran laporan dokumentasinya yang didakwa jelas membuat tuduhan buruk ke atas negara ini

kredit sabah post

Artikel Berkaitan   "RMO Dengan You Lama-Lama Pun Takpea. I Suka Sepanjang PKP Ni Mengadaplah Each Other 24/7 Pagi, Petang ,Siang ,Malam”