Zaquan Adha tayang piala FA 2019, satu keluarga sokong Kedah!

Semalam telah berlangsung perlawanan akhir bagi piala FA 2019 antara pasukan Kedah melawan Perak. Dengan jaringan 1-0 pada minit yang terakhir, pasukan Kedah dinobatkan sebagai juara!

Salah seorang permain untuk skuad Lang Merah, Zaquan Adha turut perhatian para peminat sukan bola sepak. Beliau telah diterima bagi menyertai pasukan Kedah sejak tahun lalu.

Piala FA milik Kedah!
Pemain berusia 31 tahun itu memuat naik sekeping foto bersama piala kejuaraan bagi perlawanan malam tadi. Terserlah kegembiraan di wajahnya sambil merangkul piala tersebut.

View this post on Instagram

Alhamdulillah 💪🏻💪🏻

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Keluarga turut datang bagi sokongan!
Seperti sedia maklum isterinya iaitu seorang pelakon, Ayu Raudah merupakan orang Alor Setar, Kedah. Jadi, Ayu dan kakaknya, Rozita Che Wan tidak melepaskan peluang untuk turun padang bagi menyokong skuad berkenaan.

View this post on Instagram

Senyuman puaih 😊😋☺️ . walaupun Last minit baqu kami decide nk p tgk bola.. tghari kami fly p Aloq Staq , ada talk sempena hari Peladang peringkat Negeri Kedah . Kami fly balik dr Alor Staq pulak , sampai kl kul 5.20 ptg, pedeqaih blk salin baju , paih tu tequih p stadium.. punya lah semangat ! #langmerah #hijaukuning #kedah .. Terima kasih kepada semua penyokong Lang Merah , Yang sanggup mai dari Kedah .. naik baih, naik lori , ada yg mai dgn moto kapcai ! Malam ni jgk menyaksikan permainan yg sgt sengit, sgt menarik , qasa nak luquh jantung pun ada jgk 😤 Man of the match sememangnya layak diterima oleh Penjaga Gol Kedah .. memang hebat ! Anyway mmg bersyukur sangat rezeki Piala FA milik #kedah

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

“Senyuman puaih . Walaupun last minit baqu kami decide nk p tgk bola,” jelas Che Ta.

Bila isteri & kakak ipar turun padang!

Tudia.. Pom pom girl Kedah…
Si comel Aaisyah Dhia Rana, anak kepada Che Ta turut menyokong Kedah dan memakai jersi skuad berkenaan ketika menonton perlawanan di rumah.

Artikel Berkaitan   Nabila Huda Berazam Baca Al-Quran Setiap Hari Ketika PKP