Ini Hukum Sebenar Pakai Telekung Berwarna Ketika Solat.. Masih Ramai yang Masih Tak Tahu lagi..

aman sekarang kan dah semakin maju. Tidak kira pakaian, makanan , dan sebagainya, rata-rata sudah banyak hilang ciri-ciri keasliannya. Walaupun zaman semakin moden, kita sebagai pengguna haruslah mengambil tahu apa yang patut dan tidak patut diguna pakai, ya tak? Jangan sekadar terpengaruh semata-mata, nak ikut trend tak salah, tapi kena bijak. Kalau bercakap dari segi agama, telekung solat pun dah bermacam-macam warna dah dikeluarkan. Ada warna hitam, hijau dan sebagainya. Sah ke tak solat jika kaum wanita guna telekung warna lain selain putih?

Soalan: Apakah hukum memakai telekung berwarna ketika solat?

Ina, Terengganu.

Jawapan UKE: Syarat sah solat ialah menutup aurat. Selagi mana pakaian itu menutup aurat maka sahlah solat itu. Maka hendaklah dipenuhi kriteria yang dikatakan menutup aurat sebab ada yang menutup aurat tetapi tidak kena, sebab ketat atau jarang dan sebagainya.

Masyarakat wanita Islam di Malaysia mengamalkan pemakaian telekung ketika solat dan ini sangat bagus sebab longgarnya, sempurna tutupan auratnya dan memelihara daripada penonjolan bentuk tubuh badan apatah lagi dengan warna putih sebagai lambang bersih dan supaya menjaga mata dan hati agar khusyuk ketika solat.

Apabila semua berwarna putih maka diamlah hati daripada berkata-kata tentang telekung orang lain sebab semua telekung adalah sama warnanya.

Itulah hikmah telekung berwarna putih. Namun trend sekarang lebih kepada bercorak warna-warni dan sebagainya.

Hukumnya tetap sah jika terpelihara auratnya tetapi bab warna itu, pastikan telekung yang kita pakai adalah sederhana corak dan warnanya supaya mendatangkan khusyuk kepada semua jemaah dan tidak menimbulkan ujub kepada si pemakai. Itulah yang sebaik-baiknya.

Jawapan Imam Muda Asyraf: “Andainya seorang wanita memakai baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ia berwarna-warni, solatnya tetap sah. Menurut Jumhur Ulama, diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat: “Jika kain dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ia dibolehkan.”

Aurat wanita ketika solat sama seperti aurat wanita di luar solat. Seperti batasan aurat wanita yang diguna pakai masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan pandangan ini, tidak semestinya telekung saja boleh dijadikan pakaian solat. Baju kurung, jubah dan blaus juga boleh dijadikan pakaian solat walaupun ia bukan berwarna putih.”

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IndahnyaIslam

(Visited 2,264 times, 1 visits today)

Add Comment

error: Content is protected !!