3 Doa Yang Allah Mustajabkan. Sekiranya Anda Berada Dalam Situasi Begini, Mohonlah Doa

Doa adalah satu jenis permintaan kepada Illahi. Hakikat doa untuk menzahirkan kefakiran dan perasaan rendah diri serta pengharapan seorang manusia yang menyedari bahawa Allah yang menyusun atur kehidupan di dunia ini.

Allah juga menyatakan adanya golongan yang doa mereka akan dikabulkan.

  • Doa orang yang. Dizalimi

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مُعَاذًا إِلَى الْيَمَنِ فَقَالَ اتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهَا لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

Dari Ibnu ‘Abbas R.anhuma bahawa Nabi SAW mengutus Mu’adz ke negeri Yaman lalu bersabda: “Takutlah (berhati-hatilah) kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana antara doanya dan Allah tidak ada apa-apa penghalang” (HR Bukhari, No. 2268)

Kita percaya bahaawa Allah itu Maha Adil dan segala perkara yang dilakukan di dunia tidak akan terlepas daripada pandangan Allah. Dan percaya bahawa keadilan Allah boleh berlaku dalam pelbagai cara.

  • Doa Orang Yang Dalam Perjalanan (Musafir)

Waktu musafir adalah waktu yang paling istimewa di sisi Allah, hinggakan diberi keringanan solat  dan juga berbuka puasa, malah menerima doa-doa yang dihajatkan.

Jadi selepas ini, jika perjalanan anda itu jauh ambil kesempatan untuk beristighfar dan berdoa kepada Illahi.

  • Doa Ibu Bapa Untuk Anaknya

Jika ibu bapa masih hidup ambil lah peluang yang sebaik mungkin untuk berbakti kepada mereka, dan minta doa-doa yang baik daripada mereka.

Sentiasa meminta keampunan kepada ibu bapa, berlaku baik dan mendoakan kesejatheraan mereka. Dalam diam, doa ibu bapa yang tersemat di dalam hati itu didengari Illahi.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   Mesti Baca!!10 Tanda-Tanda Orang Membela Hantu Raya...Tak Sangka Senang Je Nak Tahu