“Terbaik Bro, You Memang Truly Hero” Video Lelaki Sanggup Redah Banjir Untuk Selamatkan Anjing Dapat Pujian

Seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan seekor anjing yang terperangkap dalam banjir di Simpang Renggam, disini baru-baru ini.

Menerusi satu video yang tular dilaman sosial, rakan kepada pemilik Facebook Bojod Azmi merakamkan detik kawannya meredah banjir setinggi 1.2 meter menuju ke sebuah pondok yang menempatkan seekor anjing yang ditambat oleh tuannya.

Anjing itu dilihat menyalak dan melompat saat lelaki itu menghampirinya, mungkin sebagai tanda terima kasih atas bantuan tersebut.

Lelaki itu kemudian membawa anjing itu ke tepi jalan raya sebelum diberi makanan dan minuman.

Tindakan murni lelaki berkenaan mendapat pujian ramai, walaupun anjing itu tidak mahu berganjak daripada lokasi terbabit; mungkin setia menunggu tuannya untuk datang ambil.

operasi brjaya menyelamatkn 1 nyawa..dh taw musim hujan musim2 bnjir ap punya bingai tuan punye anjing xtaw la ge ikat anjing 2…mmg anjing punye tuan anjing..

Posted by Bojod Azmi on Sunday, 15 December 2019

Video berkenaan sehingga kini mendapat lebih daripada 600 ribu tontonan di Facebook.

Sumber: Bojod Azmi

Artikel Berkaitan   “Masa Kecil Saya Rasa Malu Dengan Nama Ini Tetapi Lama-Kelamaan Perasaan Itu Hilang” Tuah Nama “Merdeka”