Jaga Mulut Anda! Pelaku “Body Shaming” Boleh Dipenjara Dan Didenda RM50 Ribu

Menghina fizikal orang lain atau body shaming bukanlah suatu yang baru dalam masyarakat kita hari ini.


Kesannya, individu yang dihina boleh mengalami kemurungan, stres, gangguan emosi, hilang keyakinan diri, dan akhirnya membawa kepada kejadian bunuh diri.

Mungkin ramai yang tidak tahu, aktiviti body shaming atau menghina rupa fizikal seseorang dimana-mana perkhidmatan aplikasi boleh didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (b), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Dibawah akta ini, jika seseorang yang melakukan body shaming ini didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Dibawah kesalahan yang sama, pesalah juga boleh dihukum di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali kerana perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

Mangsa yang mengalami body shaming boleh membuat laporan dan siasatan akan dilakukan terhadap pesalah.

kredit era