KUALA LUMPUR, 9 Okt — Ketiadaan talian internet bukanlah penghalang bagi penduduk kampung di Pitas, Sabah daripada berhubung dengan dunia luar.
Malah mereka berfikiran kreatif dengan meletakkan sebuah telefon bimbit dalam
botol plastik lalu menggantungnya dengan tinggi menggunakan sebatang buluh.
Telefon bimbit itu sebelumnya dipasang perincian ‘hotspot’ bagi memudahkan gajet itu menerima talian internet dengan lancar sekaligus dijadikan peranti untuk alat telekomunikasi lain termasuk komputer riba memperoleh internet.
Video cara penduduk di situ mendapatkan capaian internet tular di media sosial, salah satunya dimuat naik pengguna akaun Twitter Kuala Lumpur Reporter.
Kampung folks in Pitas, Sabah, found a creative way to get internet lines, by erecting their own ‘telecommunication’ towers from bamboo poles. They put their handphones, with the ‘hotspot’ on, inside plastic bottles and pulled it up high to the tip of the pole. Voila! – vidpub pic.twitter.com/7XvlBAmtBu
— Kuala Lumpur Reporter (@KL_Reporter) October 9, 2020
Sebelum ini isu seorang gadis dari Pitas, Veveonah Mosibin sanggup memanjat pokok bagi mendapatkan talian internet di kampungnya menjadi tumpuan nasional.
Penuntut Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu memuat naik video di Youtube menunjukkan kegigihannya bagi menduduki peperiksaan secara dalam talian.
kredit projekmm