Orang Ramai Jumpa Anjing Diikat Dengan Rantai Bersamanya Nota Yang Sangat Menyayat Hati

Mexico City: Seekor anjing ditemui diikat dengan rantai di sebuah bangku di taman dengan sekeping nota memilukan.


Portal Kompas melaporkan, nota itu tercatat haiwan peliharaan itu ditinggalkan di taman berkenaan bagi menyelamatkannya daripada perbuatan kejam keluarga pemiliknya.

Satu video menunjukkan persatuan pencinta haiwan datang menyelamatkan anjing itu yang diberi nama Max.

Anjing itu kemudian dibawa ke tempat perlindungan dan haiwan itu sedikit gugup apabila disentuh orang ramai.

Nota itu tertulis, “tolong, saya meminta anda menjaga anjing ini dengan baik dan merawatnya.

“Meninggalkan anjing saya di sini sangat menyakitkan, tetapi saya memutuskannya kerana saudara saya menyeksa dan saya tidak sanggup melihatnya,” tulis pemiliknya.

Nota memilukan itu menarik perhatian pencinta haiwan, Mascotas Coyoacan, yang terus menyelamatkan Max.

Sukarelawan berkata, Max adalah anak anjing dan mereka mencari orang untuk membelanya.

Mereka yakin catatan itu ditulis oleh seorang kanak-kanak berikutan beberapa kesalahan ejaan dan ditulis dengan tangan.

Mascotas Coyoacan mengatakan, mereka juga akan mengganti Max kepada Boston untuk membuka lembaran baru dan melupakan masa lalunya yang kelam.

kredit harian metro