Microsoft Akan Tamatkan Perkhidmatan Window, Jutaan Pengguna Akan Terjejas Gara-Gara Isu Keselamatan

Jutaan pengguna dilaporkan akan terjejas kerana perkhidmatan Google Chrome akan ditamatkan pada pengguna Windows 7 selewatnya pada 2022.


Menurut Google, disebabkan pandemik COVID-19, mereka memanjangkan tempoh selama 6 bulan kepada pengguna mereka yang masih menggunakan Windows 7 iaitu 15 Januari 2022, berbanding tarikh tamat pada awalnya ditetapkan pada 15 Julai 2021.

Perkhidmatan Microsoft juga tidak dapat disokong oleh Windows 7, menjadikan ia berisiko tinggi, khasnya pada sistem keselamatan.

Ketika ini, masih ramai lagi yang menggunakan Windows 7 pada komputer dan laptop iaitu kira-kira 20.93% pengguna, mungkin kerana sudah terbiasa dengan interface dan sokongan dalamnya.

Jika anda masih menggunakan Windows 7, anda dinasihatkan untuk segera beralih kepada Windows 10 yang lebih cekap dan mesra pengguna.

“Setelah menilai keadaan semasa, dan berdasarkan maklum balas dari pelanggan perusahaan kami yang dihargai, Chrome memberikan sokongan kami untuk Windows 7 sehingga sekurang-kurangnya 15 Januari 2022.

“Itu adalah lanjutan 6 bulan dari tarikh yang kami sampaikan pada 15 Julai 2021.

“Kami akan terus menilai keadaan yang dihadapi pelanggan kami, dan menyampaikan perubahan tambahan di masa depan.”, kata Google dalam satu kenyataan.

kredit era