53 Tahun Syiling Tersimpan Dalam Hidungnya, Lelaki Ini Baru Teringat Waktu Kecil Takut Bagitahu Ibu

Seorang lelaki warga Rusia terkejut apabila menemui sekeping syiling lama dari hidungnya.


Namun selepas di selidik, barulah dia teringat akan kisah sewaktu usianya 6 tahun yang memasukkan syiling berkenaan ke dalam lubang hidung kanannya.

Ketika itu, beliau amat takut dan enggan menceritakan kepada ibunya sehingga terlupa.

Selepas 53 tahun berlalu, lelaki yang kini berusia 59 tahun mengadu tersumbat hidung kanannya, sehingga menyukarkan pernafasan.

Beliau kemudian menjalani pemeriksaan imbasan dihospital, sebelum doktor mengesan terdapat objek asing dalam saluran hidungnya.

Selepas pembedahan, doktor berjaya mengeluarkan sekeping syiling lama dari dalam hidungnya.

kredit era