Nak cuba buat kek ikut resipi tapi bila periksa bahan tepung naik sendiri pulak takde kat rumah.
Terus frust, tak jadi nak buat kek. Inilah situasi selalu dihadapi bagi yang baru cuba nak membaking. Sebenarnya kalau tepung jenis ini tiada di rumah, kita boleh saja DIY atau buat sendiri. Guna tiga bahan ini saja.
Caranya cukup mudah, boleh ikut perkongsian Fazira Fauzi ini.
Cara buat tepung naik sendiri
Bahan diperlukan:
500 gram tepung gandum
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara penyediaan
1.Campur semua bahan dan ayak sebanyak tiga kali
2.Simpan dalam balang atau bekas yang sesuai.
Tip: Kuantiti bahan guna sudu tak perlu ‘membukit’
kredit vanilla daily