Badan Kaku Dalam Kolam, Tindakan Pantas Ibu Buat CPR Selamatkan Anak Dari Lemas

Anak-anak yang masih kecil sememangnya cukup teruja jika diberi peluang bermain air lebih-lebih lagi di kawasan rumah. Seperti trend sekarang, ibu bapa yang bijak membuat swimming pool di rumah dengan membeli kolam pelampung untuk anak-anak bermain air di kawasan rumah sahaja.


Namun, haruslah diperhatikan kerana boleh sahaja kemalangan tidak diingini berlaku. Hal tersebut seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Abdul Rahim apabila berkongsi kronologi anaknya yang lemas didalam kolam pelampung itu.

Tindakan pantas isteri bantu selamatkan anak

Menurutnya, mujur isterinya cepat bertindak dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR) kepada anak mereka yang ketika itu sudah kaku dan tidak sedarkan diri.

Sempat terkena sawan ketika terima rawatan

Berkat usaha isterinya, anak mereka yang bernama Alita kembali merengek dalam keadaan yang sangat lemah selepas 5 minit CPR dilakukan.

Mereka bergegas membawa Alita ke hospital dan keadaannya stabil sebelum diserang sawan pada pukul 10 malam. Disebabkan perkara tersebut, doktor telah memindahkan anak kepada Abdul Rahim ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik untuk pemerhatian.

Jadi pengajaran buat semua

Syukur, kini Alita telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan untuk dibawa pulang. Namun, pengguna Facebook itu mengakui bahawa apa yang jadi sangat memberi pengjaran betapa pentingnya CPR ketika kejadian tersebut.

Kolam tu untuk ajar anak berenang

Bagi menjelaskan fungsi sebenar kolam yang dibuat di hadapan rumah mereka, Abdul Rahim memaklumkan yang ia berfungsi untuk mengajar anak-anak berenang. Kedua anaknya sudah pandai berenang namun Alita masih belum habis belajar.

Jadi, bermula detik itu mereka berpakat untuk menyimpan semula kolam berkenaan dan mungkin tidak akan memasangnya terus.

 

Perkongsian daripada Abdul Rahim itu telah mendapat perhatian ramai dengan menyucapkan syukur kerana anaknya selamat dan kembali sihat.

Mereka juga menjadikan apa yang ditulis pengguna Facebook itu sebagai satu bentuk pengajaran tentang kepentingan CPR serta lebih berhati-hati dalam pengawasan anak-anak semasa bermain.

Sumber: Facebook Abdul Rahim