Kagum Ketampanan ‘Keeper’ KL City, Ada Peminat Wanita Sanggup Jadi Isteri Kedua

Piala Malaysia 2021 kali ini telah kembali ke Ibu Kota selepas 32 tahun ‘merantau’ selepas pasukan Kuala Lumpur City (KL City) berjaya mengalahkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Ia merupakan satu pencapaian yang cukup bermakna buat KL City apabila menjadi pasukan yang tidak disangka akan menjuarai Piala Malaysia memandangkan lawannya adalah pasukan bintang dari selatan Tanah Air.

Beraksi cemerlang

Antara pemain yang menjadi perhatian ramai dalam pertembungan tersebut adalah penjaga gawang KL City apabila beraksi cemerlang dengan menangkis baik semua hantaran berbahaya daripada pemain JDT.

Bagi penyokong golongan wanita pula, sudah tentu terpukau dengan ketampanan pemain tersebut iaitu Kevin Ray Mendoza Hensen.

Jadi perhatian ramai

Rata-rata warganet yang menonton perlawanan KL City vs JDT malam tadi sudah mulai meninggalkan komen di media sosial penjaga gawang tersebut apabila followers Kevin naik mendadak selepas perlawanan tersebut.

Namun, menerusi perkongsian daripada pengguna TikTok @nyominyoms, rasanya ramai juga yang telah patah hati kerana pemain berusia 27 tahun itu sudah pun mempunyai pasangan.

@nyominyomsHari hari rancak, mendozaaa 🔥 MOTM 🏆 #kevinmendoza #klcity #pialamalaysia2021 #fyp #fypシ #bolasepak

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

dah berpunya

Dalam video yang dirakam selepas pemainan tamat, Kevin dilihat memeluk pasangannya yang duduk di bangku penonton. Wanita itu juga turut memuat naik gambar memeluk pemain tersebut sambil meninggalkan kapsyen mengharukan.

Ramai rakyat Malaysia fokus dekat dia

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, komen-komen yang diterima kebanyakkannya menjurus kepada memuji ketampanan pemain tersebut disamping tidak menafikan bahawa kehebatannya menjaga gawang pasukan KL City daripada dibolosi gol dari pihak JDT.

Teurs popular gitu

Ada yang nak jadi second wife

Dah ramai peminat nampaknya

Kenapa yang helok suami orang

Lincah hensem pulak tu

 

Sumber: TikTok @nyominyoms

Artikel Berkaitan   Isteri Haqiem Rusli Cepat2 Pujuk Lihat Suami Sebak Nyanyi Lagu Di Majlis Resepsi