Berjersi JDT Buat Kecoh Di Hospital, Polis Sahkan Lelaki Hidap ‘Gangguan Bipolar’

Seorang lelaki yang membuat ‘kecoh’ di hadapan Jabatan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerusi dua video tular di media sosial disahkan mengalami ‘Bipolar Mood Disorder’ atau gangguan bipolar.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahya berkata, pihak polis tiba di lokasi selepas menerima maklumat berhubung kejadian tersebut yang berlaku pada Khamis lalu sekitar jam 8.30 malam.

“Hasil siasatan mendapati individu terbabit di situ bersama ahli keluarga bagi mendapatkan rawatan susulan kerana mengalami penyakit berkenaan.
“Dia berjaya ditenangkan dan dibawa masuk ke wad bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook, semalam.

Berikutan itu, pihak polis menasihati warganet supaya tidak menularkan tersebut yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

Terdahulu, dua rakaman video itu memaparkan lelaki berkenaan memakai jersi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), bersongkok dan berkain pelikat sambil melaungkan kata-kata sorakan sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.

Sumber: Facebook Polis KL

Artikel Berkaitan   “VS reject kilang tu murah gila” -Victoria’s SecretMY Tampil Bagi Menjelaskan Pasal Isu Produk Reject Dari Kilang?