Jarang terpalit dengan kontroversi, aura penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza masih utuh dalam kalangan peminat muzik tempatan sekali gus kagum dengan personaliti yang dimilikinya.
Bukan hanya bersuara merdu, penyanyi berusia 42 tahun itu juga dilihat ramah dengan orang sekeliling dan bermurah hati dengan menghulurkan ‘tip’ kepada petugas barisan hadapan baru-baru ini.
Seorang petugas wanita @cikjan_88 berkongsi satu video di aplikasi TikTok memaparkan Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti melakukan ‘drive-thru’ ujian saringan COVID-19 dipercayai di sebuah fasiliti kesihatan.
“Mak Iti belanja, belilah apa2.. goreng pisang”
@cikjan_88Ok ni sound orignal.. Siapa teka goreng pisang tadi.. Haha.. Thank You Mak Iti.. ❤️❤️❤️ #sitizoners #ctdk #ctdkfans ♬ original sound – Cikjan88 – Cikjan88
Selepas membayar caj ujian saringan, penyanyi lagu Purnama Merindu itu dilihat sempat memberikan lebihan wang ringgit untuk dibelanjakan oleh mereka yang bertugas.
“Betapa rendah dirinya seorang Siti Nurhaliza. Setiap kali datang mesti belanja kakitangan yang bertugas. Terima kasih Mak Iti,” tulis @cikjan_88.
Sementara itu, wanita berkenaan mengakui teruja apabila dapat bertemu dengan Tok Tik apatah lagi dia adalah salah seorang peminat di bawah ‘Siti Zoners’ namun jarang mempunyai masa bagi menyertai acara selebriti tersebut.
Tup2 muncul depan mata!
@cikjan_88Tq for coming Mak itiii.. I love u😍 #ctdk #sitizoners
Meninjau ke ruangan komen, video pertama itu menerima hampir 362,000 tontonan dan dipenuhi komen positif warganet yang memuji tindakan murni Tok Ti selain mendoakan agar beliau sentiasa dimurahkan rezeki.
Nampak dia tak menunjuk
Bukan goreng pisang je, macam2 boleh makan!
Keluar duit nak sorok2, comel…
Memang baik orangnya
Moga Tok Ti dimurahkan rezeki
Sumber: TikTok @cikjan_88
Sumber : ohmymedia